ARTIKEL

AIM teruja terima kunjungan Awang Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penyertaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Wilayah Sarawak menyediakan ruang dan peluang kepada AIM berkongsi tentang perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat.

Menurut Penolong Pengurus Wilayah Abdul Hafiz Soni, penyertaan kali ini menjadi lebih bermakna apabila melibatkan pelbagai agensi.

“Ia secara tidak langsung boleh menghubungkan jaringan kerjasama sesama kami untuk kemudahan masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama menzahirkan perasaan gembira menerima kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang berkesempatan meninjau tapak pameran AIM sempena SDSI Peringkat Wilayah Sarawak di sini, semalam.

Katanya, Timbalan Premier disambut mesra Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Ikhtiar Malaysia Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid, dan Ketua Pegawai Kewangan AIM, Norsharizal Mashahrin.

“Datuk Amar Timbalan Premier merupakan Penaung Kelab Wanita Ikhtiar Lawas (Kelab Usahawan AIM Cawangan Lawas) manakala, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Mysed), Dr Ripin Lamat pula Penaung Kelab Usahawan Ikhtiar Miri (Kelab Usahawan AIM Cawangan Miri),” katanya.

Hadir sama, Pengurus Kanan Wilayah AIM Sarawak, Haryati Dahari, Timbalan Pengurus Wilayah,  Wahi  Bol,  Penolong Pengurus Wilayah, Jemat Itu Bujang dan  pegawai-pegawai Eksekutif Wilayah Sarawak sebagai pempamer gerai AIM.

LAIN-LAIN BERITA

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku