ARTIKEL

Produser 'Anggun' terbitan TVS, Siti Nurmadziah (kiri), bersama Dato' Tom (tengah) dan Aina Abdul (kanan) ketika sesi temu bual bersama media.

Aina Abdul lancar album baharu ‘IMAJI’, Dato’ Tom bakal peragakan fesyen di ‘Islamic Fashion Festival’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Episod kedua ‘Anggun’ yang membincangkan topik ‘Selesa atau Gaya’, menampilkan seorang ikon fesyen, Dato’ Tom Abang Saufi, dan penyanyi terkenal tanah air, Aina Abdul, selaku panel pada episod semalam.

Aina berkata, dia menyifatkan dirinya sebagai seorang gadis sederhana, dan mendedahkan bahawa Lady Gaga merupakan sumber inspirasinya dari segi keberanian berfesyen di atas pentas.

“Memang saya wujudkan satu karakter berbeza untuk Aina Abdul kerana di atas pentas, kita perlukan pesona yang ‘extra’.

“Bagi saya, saya perlu bergerak ke hadapan bersama anugerah (suara/bakat) ini dan dibantu dengan elemen-elemen lain seperti busana, lebih-lebih lagi sebagai seorang penyanyi.

“Ia membantu meningkatkan keyakinan saya,” ujarnya dalam rancangan tersebut.

Dato’ Tom pula berkata, fesyennya mementingkan keselesaan, moden dan bergaya.

“Saya sentiada mengambil kira gabungan elemen tradisional dan moden dalam rekaan saya, sama ada melalui motif atau reka bentuk, di samping memastikan pemakai selesa dalam busana yang saya reka.

“Saya akan cuba menampilkan warisan dan kebudayaan yang ada dalam negeri saya.

“Bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga sejarah baju-baju lama, contohnya ‘silhouette’ yang menggunakan pesak.

“Saya tidak menggunakan zip mahupun butang dalam rekaan-rekaan saya,” tambahnya.

Menjawab soalan pemberita mengenai perkembangan terkininya, Aina memberitahu dia sedang sibuk mempromosikan album terbaharu berjudul ‘IMAJI’.

“Saya tengah promosi lagu terbaharu yang ada dalam album ini, iaitu ‘Puas Sudah’, dan beberapa lagi trek lagu yang akan saya lancarkan pada tahun ini juga.

“Saya juga baru saja balik dari Jakarta untuk rekod ‘soundtrack’ bagi filem ‘Cinta Tak Pernah Tepat Waktu’ karya Melly Goslow berduet bersama Fabio Asher.

“Insya-Allah, lagu dan filem tersebut dijangka akan berada di pawagam tidak lama lagi dan doakan yang terbaik agar semuanya berjalan dengan lancar serta persiapan bagi konsert saya yang akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, Dato’ Tom turut berkongsi perkembangan terbaharunya yang kini telah memperkembangkan karya fesyennya dalam talian.

“Saya juga menyediakan pakaian pakai siap dan tempahan khas bagi sesetengah pelanggan tetap saya.

“Saya juga akan buat pertunjukan fesyen di Bangkok pada bulan Oktober ini, iaitu ‘Islamic Fashion Festival’.

“Manakala di Kuala Lumpur, kami akan buat di ‘Bandar Diraja Pekan’ yang diinspirasikan oleh kain songket dan tenun.

“Saya juga sedang berjinak-jinak ke arah aksesori seperti cermin mata, beg tangan, dan tidak lama lagi juga perhiasan rumah, Insya-Allah, doakan semua akan berjalan lancar,” kongsinya.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di