Air naik di rumah panjang di Logan Tasong

MIRI: Sebuah rumah panjang di Daerah Marudi dilaporkan terjejas semalam akibat kenaikan paras air sejak Ahad lalu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, Rumah Gerinang Kam di Logan Tasong terjejas dilanda banjir apabila bacaan paras air mencatatkan satu hingga dua kaki.

Menurutnya, kenaikan paras air di kawasan tersebut telah bermula pada Ahad lalu.

“Rumah panjang terbabit mempunyai 12 pintu dengan sebanyak 49 penduduk.

“Hujan yang turun hampir setiap hari telah mengakibatkan air daripada sungai berhampiran melimpah ke kawasan bawah rumah panjang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, ujarnya, tiada pemindahan dilakukan setakat laporan diterima semalam.

Suara Sarawak