ARTIKEL

Airasia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-15

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: AirAsia terus melakarkan kecemerlangan apabila memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 untuk kali kelima belas berturut-turut dalam segmen syarikat penerbangan tambang rendah di peringkat global.

Syarikat penerbangan itu juga menerima gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia pada majlis anugerah tersebut.

Penghargaan berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan AirAsia dalam mempromosikan ketersambungan dan menggiatkan semula pelancongan di seluruh rantau ASEAN.

Semasa menerima anugerah itu pada majlis yang diadakan di Fairmont Windsor Park dekat sini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia berusaha berada di hadapan, mengambil laluan berliku untuk mentakrifkan semula dan mendemokrasikan akses kepada perjalanan udara.
Beliau berkata ia memberi inspirasi untuk melihat pertumbuhan industri ini selama bertahun-tahun sejak penubuhannya.

AirAsia bermula pada 2001 apabila Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun memperoleh syarikat penerbangan berkenaan yang mengalami masalah kewangan sebelum itu dengan dua pesawat dan 200 kakitangan, mengubahnya menjadikannya syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia, mempunyai lebih 200 pesawat dan 21,000 kakitangan di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

– Bernama

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP