SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

AirAsia pertingkat khidmat panggilan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SEHINGGA Februari 2023, AirAsia melunaskan 98.4 peratus daripada tuntutan bayaran balik yang diterimanya sejak permulaan pandemik Covid-19 pada Mac 2020.

KUCHING: Sejajar dengan permintaan ramai bagi interaksi khidmat pelanggan yang pantas, AirAsia semalam melancarkan perkhidmatan panggilan melalui aplikasi AirAsia Super App.

AirAsia dalam kenyataannya berkata, perkhidmatan itu membolehkan pelanggan berbual secara terus dengan pegawai perkhidmatannya untuk mendapatkan penyelesaian segera bagi situasi mendesak.

“Akses kepada fungsi panggilan ini dibuka kepada tetamu di penghujung interaksi mereka dengan bot sembang Ask Bo jika kes mereka dikenal pasti sebagai kes memerlukan penyelesaian segera atau kritikal, seperti penerbangan berlepas dalam tempoh 24 jam atau jika terdapat perubahan dalam rancangan perjalanan secara tiba-tiba atas sebab perubatan atau kecemasan.

“Untuk pertanyaan am dan isu yang tidak memerlukan penyelesaian segera, AirAsia menggalakkan para tetamunya untuk menggunakan kemudahan layan diri dan bantuan sembang langsung yang tersedia pada AirAsia Super App dan bot sembang Ask Bo,” katanya.

Selain perkhidmatan panggilan, AirAsia turut memperkenalkan ciri penjejakan tuntutan bayaran balik melalui AirAsia Super App dan halaman sesawangnya.

Tetamu hanya perlu menekan butang ‘My Cases’ dan memasukkan nombor kes mereka bagi mendapatkan status terkini permintaan pemulangan balik mereka dengan lebih terperinci.

Baca lain  Emma Pizav pikat selera tempatan

Ketua Pegawai Pengalaman Lapangan Terbang dan Pelanggan, AirAsia Aviation Group, Kesavan Sivanandam berkata pihaknya sentiasa fokus terhadap keperluan pelanggannya dan mendengar maklum balas tersebut.

“Penambahbaikan baharu ini adalah sebahagian daripada jaringan fungsi, alat dan aplikasi yang diperkenalkan oleh AirAsia dari semasa ke semasa.

“Ejen sembang langsung kami dilatih untuk menangani situasi mendesak dan memberikan bantuan terbaik mengikut keperluan para tetamu.

“Perkhidmatan ini tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Cina, Thailand dan Bahasa Indonesia.

Bahasa-bahasa lain akan ditambah di masa hadapan,” tambahnya.

Beliau berkata, dengan ciri penjejakan tuntutan bayaran balik, ia kini menjadikan proses itu lebih mudah dan telus kepada pelanggannya.

Sehingga Februari 2023, AirAsia melunaskan 98.4 peratus daripada tuntutan bayaran balik yang diterimanya sejak permulaan pandemik Covid-19 pada Mac 2020.

Pembayaran dibuat dalam pelbagai bentuk yang berjumlah sehingga AS$2.1 bilion dan usaha untuk menyelesaikan baki selebihnya sedang dijalankan ketika syarikat penerbangan itu berusaha untuk membina semula operasinya kembali kepada kapasiti normal.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru