ARTIKEL

SELAMAT DATANG… Ketibaan pesawat AK4532 dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut dengan pancuran air. - Foto: Ramidi Subari

AirAsia sambung semula laluan penerbangan domestik dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menyambung semula laluan penerbangan domestik dari Pulau Pinang ke Kuching dan Kota Kinabalu, bermula hari ini.

Pesawat AK4532, yang membawa kira-kira 160 penumpang dari Pulau Pinang, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 3.30 petang tadi disambut dengan pancuran air sebaik tiba.

Ketua Hal Ehwal AirAsia Sarawak, Hamdan Mohamad, berkat, laluan penerbangan secara terus itu disambung semula selepas AirAsia menambah jumlah kapal terbang mereka.

“Kita menghentikan penerbangan terus pada tahun lalu kerana kekurangan kapal terbang.

“Kini, kita mempunyai lebih banyak kapal terbang, kita dapat meneruskan penerbangan terus ini,” katanya kepada media di LTAK di sini, hari ini.

Hamdan berkata, Sarawak ketika ini mempunyai tujuh penerbangan terus dari Kuching ke Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kota Bahru dan Pulau Pinang.

Tambahnya, penerbangan antarabangsa pula membabitkan Singapura dan Jakarta.

SELAMAT DATANG…Penumpang disambut oleh Nurul Ain (empat kanan) dan Hamdan Mohamad (tiga kanan) sebaik tiba. – Foto: Ramidi Subari

Mengulas lanjut, katanya, pada kebiasaannya, jumlah pergerakan penumpang pada bulan Ramadan adalah rendah.

Bagaimanapun jumlah penumpang setelah laluan penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching dibuka hari ini disifatkan sebagai positif.

Dalam pada itu, beliau berkata, AirAsia telah menambah jumlah penerbangan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

“Ramai penumpang tahu mereka beli awal (tiket penerbangan) untuk mengelak kekecewaan pada minit terakhir.

“Kita telah tambah penerbangan tengah malam, iaitu tiga hari sebelum dan tiga hari selepas Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Nurul Ain Mohammed Yunus, berkata penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching dan sebaliknya membantu merangsang industri pelancongan domestik.

Katanya, kedua-dua negeri iaitu Sarawak dan Pulau Pinang mempunyai keunikan tersendiri, justeru memberi peluang kepada rakyat kedua-dua negeri untuk menerokai dan bertukar pandangan mengenai Kuching dan Pulau Pinang.

“Impak awal daripada penyambungan semula laluan penerbangan ini adalah memperluaskan pilihan penerbangan kepada pelanggan, kerana sebelum ini, rakyat Sarawak perlu berhenti di Kuala Lumpur.

“Dengan penambahan pilihan penerbangan terus antara Kuching, Pulau Pinang dan bandar lain, sudah tentu ia merangsang industri penerbangan domestik.

“Dan ia membuka lebih banyak pilihan buat rakyat Sarawak untuk meluangkan cuti mereka dengan menerokai bandar lain selain Kuala Lumpur,” ujarnya.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

BERITA TERBARU