Trending

AirAsia sambung semula penerbangan ke Beijing

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: AirAsia X (AAX) terus mengembangkan rangkaian di China dengan dua penerbangan mingguan ke Beijing yang mula disambung semula pada 30 Mac 2023.

AirAsia dalam kenyataan berkata, penerbangan pertamanya dari Kuala Lumpur mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing pada 1.05 pagi, manakala penerbangan pulang dari Beijing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada 8.30 pagi Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata penyambungan semula perkhidmatan ke Beijing ini adalah sejajar dengan komitmen pihaknya untuk meningkatkan rangkaian di China.

“Dari segi sejarah, China merupakan salah satu pasaran terbesar dan paling popular kami dan perkhidmatan ini menawarkan para tetamu lebih pilihan dan nilai untuk melakukan perjalanan dari atau ke Kuala Lumpur.

“Kami juga bakal menambah kekerapan laluan ini kepada empat penerbangan mingguan mulai 1 Jun 2023 untuk memenuhi permintaan yang dijangka meningkat, untuk menghubungkan ekonomi kedua terbesar di dunia dan Asean, serta memacu pemulihan sektor pelancongan di rantau ini.

“AAX mengumumkan lebih banyak laluan di China termasuk memperkenalkan laluan unik dan kurang diterokai pada masa hadapan,” katanya.

Penyambungan semula perkhidmatan ini dijangka merangsang perjalanan bagi perniagaan dan pelancong di kedua-dua arah dengan potensi peningkatan permintaan untuk perjalanan antarabangsa ke China selepas negara itu menyambung semula perkhidmatan pengeluaran visa pelancong baru-baru ini.

Sempena sambutan penyambungan semula perkhidmatannya, AAX menawarkan diskaun 20 peratus ke Beijing untuk tempat duduk Ekonomi dan Premium Flatbed dalam penerbangan AAX (kod penerbangan D7).

Tambang promosi ini tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 2 April 2023 untuk tempoh perjalanan antara 10 April 2023 dan 28 Oktober 2023.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru