ARTIKEL

AirAsia sediakan semua keperluan pada penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: AirAsia telah menyediakan semua keperluan kepada penumpangnya ke Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan pada 24 Dis lepas.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata demikian kepada Bernama susulan laporan berita media Korea Selatan mengenai keadaan penumpang yang terkandas di lapangan terbang itu lebih 27 jam disebabkan masalah teknikal.

AirAsia juga tidak akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan situasi itu memandangkan ia telah menyediakan keperluan kepada penumpang yang terjejas. 

Menurut laporan berita itu, penerbangan yang dijadualkan berlepas pada 7.35 pagi hari sebelumnya, pada mulanya ditangguhkan selama 18 jam berikutan kakitangan syarikat penerbangan itu membuka pintu masuk untuk penumpang hanya selepas masalah enjin diselesaikan.

“Sejurus sebelum meninggalkan lapangan terbang, satu lagi kesilapan teknikal berlaku.

Disebabkan kelewatan yang berlarutan, juruterbang membenarkan 50 penumpang meninggalkan pesawat pada kira-kira pukul 3:20 pagi pada Ahad,” kata laporan itu.

Ia berkata selepas terkandas di dalam pesawat selama tujuh jam 30 minit, baki 265 penumpang berlepas dari Incheon pada 10.50 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Kereta elektrik berharga RM179,000 hingga RM199,800

KUALA LUMPUR: BYD Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan kenderaan sedan elektrik terbarunya (EV), BYD Seal, yang ditawarkan pada harga RM179,000 bagi varian premium dan RM199,800 bagi varian prestasi. BYD

BERITA TERBARU

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman