ARTIKEL

Airasia tawar rangkaian penerbangan lebih luas dari Singapura ke India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SINGAPURA: AirAsia yang baru sahaja meraikan usia dua dekad operasinya di Singapura berusaha meningkatkan pengalaman pelanggannya menerusi pengembangan rangkaian yang meluas ke-12 bandar dinamik di India menggunakan perkhidmatan penghubung penerbangan Fly-Thru.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura Logan Velaitham berkata, pengembangan pasaran di India merupakan satu daripada fokus utama syarikat penerbangan tambang rendah itu pada tahun ini berikutan permintaan yang tinggi.

“Menerusi perkhidmatan Fly-Thru kami, kami dapat menghubungkan pengembara dari Singapura ke India dan begitu juga sebaliknya, yang seterusnya meningkatkan ketibaan pengembara ke Lapangan Terbang Changi,” katanya semasa melancarkan fokus strategik AirAsia untuk perkukuh rangkaian penerbangan dari Singapura ke India, hari ini. 

“Ini menyediakan akses kepada rangkaian meluas AirAsia yang
merangkumi lebih 130 destinasi dengan hentian singkat yang mudah di Kuala Lumpur atau Bangkok (Don Mueang), tanpa perlu mengambil atau mendaftar masuk semula bagasi semasa transit,” katanya.

Logan berkata, Singapura dan India menjalin hubungan erat merentasi dimensi pelancongan, ekonomi, politik dan budaya. 

“Selain itu, perjalanan liburan antara kedua-dua destinasi mendapat sambutan yang amat baik.

Baca lain  Indeks import meningkat

“Kami mahu menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan kepada pelanggan kami, memudahkan sambungan penerbangan menerusi perkhidmatan Fly-Thru kami yang diperluas dan pengembangan rangkaian pada masa depan,” katanya.

Bagi meningkatkan tawaran perjalanan antara Singapura dan India, AirAsia memperkenalkan promosi Tempat Duduk Percuma yang menumpukan kepada empat bandar di India iaitu Visakhapatnam, Jaipur, Trivandrum dan Ahmedabad.

Kempen Tempat Duduk Percuma itu adalah tambang asas sifar tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain.

Penumpang kini boleh menikmati penerbangan dari Singapura ke Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru, Kolkata, New Delhi, Amritsar, Trivandrum (bermula 21 Feb, 2024), Jaipur (21 April 2024), Visakhapatnam (26 April 2024) dan Ahmedabad (1 Mei 2024) menerusi perkhidmatan Fly-Thru AirAsia di Kuala Lumpur.

Selain itu, menerusi hab syarikat penerbangan itu di Bangkok (Don Mueang) penumpang boleh mendapatkan penerbangan ke Bengaluru, Kolkata, Kochi, Jaipur, Chennai, Lucknow, Ahmedabad, Gaya, Guwahati dan Visakhapatnam.

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

Sasar latih 10,000 usahawan

CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang dilatih di seluruh negara pada tahun lepas. Menteri Pembangunan

Perkukuh keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR: Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF). MoF menerusi hantaran di laman rasmi media

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa