ARTIKEL

AirAsia tawar tambang rendah, satukan keluarga pada musim perayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pelancaran tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam AirAsia baru-baru ini bertujuan menyatukan keluarga pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Harga tambang berpatutan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak ditawarkan kepada orang ramai.

Ketua Hal Ehwal AirAsia Sarawak Hamdan Mohamad berkata, penumpang boleh terbang ke kampung halaman pada musim perayaan ini dari Kuala Lumpur ke Kuching.

“Juga menuju ke Sibu, Bintulu atau Miri, diikuti penerbangan dari Johor Bahru ke Kuching, Sibu atau Miri dengan tambang tetap RM298 sehala bermula 5 hingga 15 Februari 2024,” katanya.

Beliau berkata inisiatif tambang tetap rendah syarikat penerbangan itu selaras dengan program FLYsiswa kerajaan untuk memberi subsidi RM300 bagi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam.

Selain, skim subsidi tambang asas RM599 bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi sehala ke Malaysia Timur seperti yang diumumkan tahun lepas.

Hamdan berkata demikian dalam sesi taklimat bersama-sama Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS) Datuk Seri Lee Kim Shin dan pegawai kanan MOTS ketika kunjungan hormat rombongan AirAsia Berhad dan Malaysia Airports Holding Berhad di pejabat MOTS di Bangunan Baitul Makmur I, Petrajaya, pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk membeli tiket awal bagi mendapatkan tambang yang lebih baik khususnya ketika musim perayaan atau cuti sekolah.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian