Penyanyi duo AishaHanim mengeluarkan sebuah lagu berjudul Raya Rumah Terbuka konsep moden untuk menepati cita rasa pendengar.
Menurut AishaHanim, lagu tersebut mampu kekal relevan kerana terdapat keistimewaan dari segi elemen komposisi melodi dan lirik moden.
“Kami percaya dunia muzik itu luas.
Mungkin ada yang beranggapan sukar untuk lagu raya baharu menambat hati pendengar, namun cita rasa muzik sekarang sangat subjektif,” katanya memetik media tempatan.
Lagu raya yang mengetengahkan konsep irama kugiran dengan elemen tradisional itu ditulis oleh Omar K dan lirik oleh Hanis Rafi serta Firdaus Rahmat.
“Untuk muzik video pula, kami teruja apabila mendapat tajaan daripada sahabat kami, Datuk Alif Syukri di salah sebuah pusat penginapannya yang menggambarkan suasana kampung,” tambahnya.
Raya Rumah Terbuka dilancarkan pada April ini di semua platform digital serentak dengan muzik videonya.