Trending

‘Aisyah Beats Cancer’, tingkat kesedaran kanser dalam kalangan kanak-kanak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
‘Ali Beats Cancer yang diadakan di Vivacity Megamall pada tahun 2018.

MIRI: Persatuan Kanser Kanak-kanak Sarawak (SCCS) kini meneruskan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser dalam kalangan kanak-kanak. 

Ia dapat dibuktikan dengan penganjuran ‘Aisyah Beats Cancer’ di Permaisuri Imperial City Mall pada hujung minggu ini.

‘Ali Beats Cancer yang diadakan di Vivacity Megamall pada tahun 2018.

Menurut kenyataan daripada SCCS hari ini, acara tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 September ini dari 10 pagi hingga 10 malam, dan sebuah labirin belon akan dibina sempena memperingati Bulan Kesedaran Kanser Kanak-kanak.

“Acara ini diinspirasikan daripada kisah benar iaitu mengenai kisah gadis bernama Aisyah berasal dari Sibu yang disahkan menghidap kanser pada usia 9 tahun.

Poster hebahan ‘Aisyah Beats Cancer’ yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

“Malah, labirin seluas 1, 596 kaki persegi tersebut menggambarkan perjalanan seorang pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka melalui pelbagai cabaran selepas diagnosis untuk mendapatkan rawatan, pengampunan serta kemandirian dalam diri.

“Dengan menggunakan arca belon bersaiz sebenar, labirin tersebut turut bertujuan memberi kesedaran orang ramai mengenai gejala awal kanser kanak-kanak sambil berkongsi pelbagai sokongan dan perkhidmatan penting yang disediakan oleh SCCS bagi membantu keluarga yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, SCCS turut menyatakan bahawa antara sorotan acara pada masa tersebut adalah tayangan klip video perkongsian oleh Aisyah mengenai kehidupannya selepas disahkan menghidap kanser, serta sudut bergambar belon inspirasi watak kartun kegemaran Aisyah iaitu Barbie.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah kejutan dengan menyertai kuiz yang dianjurkan pada hari tersebut.

Pintu masuk sempena acara tersebut akan dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 22 September ini (Jumaat).

Acara labirin belon yang ketiga ini dianjurkan oleh SCCS bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kanser dalam kalangan kanak-kanak di Sarawak khususnya.

Kali pertama diadakan bertajuk ‘Ali Beats Cancer’ di Kuching pada tahun 2018, manakala yang kedua ‘Anna Beats Cancer’ yang juga diadakan di Kuching pada tahun 2019.

‘Aisyah Beats Cancer’ tahun ini ditaja oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Min Tee.

Ia turut dianjurkan dengan kerjasama De Jackie Inspirations serta disokong oleh Permaisuri Imperial City Mall dan DK Photography iaitu sebagai penaja dan rakan kongsi acara.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah