Akad nikad di Sarawak mungkin diadakan dalam talian

KUCHING: Majlis akad nikah di Sarawak berkemungkinan dijalankan secara dalam talian, kata Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurutnya, ia berikutan Majlis Islam Sarawak (MIS) menerusi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) masih menunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk kebenaran diadakan secara bersemuka.

“Kita sudah menghantar surat kepada JPBN pada minggu lalu. Jika diluluskan, maka pasangan yang memohon boleh meneruskan majlis akad nikah di pejabat JAIS di bahagian masing-masing seperti semasa PKP Bersyarat (PKPB) lalu.

“Namun jika tiada kebenaran, ia berkemungkinan dijalankan secara dalam talian sebagai alternatif lain bagi membolehkan pasangan meneruskan majlis mereka,” katanya selepas lawatan projek menaik taraf sistem perparitan Kampung Temedak, hari ini.

Menurut Rahman, sebanyak 368 pasangan di Sarawak telah diluluskan untuk melaksanakan majlis akad nikah dalam tempoh 29 Mei hingga 11 Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Rahman berkata, ibadah korban di Sarawak kekal ditangguhkan termasuk aktiviti penyembelihan, melapah dan pengagihan, manakala solat sunat Aidiladha dibenarkan,

Suara Sarawak