ARTIKEL

Akademi AHM Soccer Kids Semerah Padi sertai Piala Presiden BAARZ Academy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Akademi AHM Soccer Kids Semerah Padi akan turut serta dalam Kejohanan Bola Sepak (Bawah 8 dan 10 Tahun) Piala Presiden BAARZ Academy 2023.

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada21 Oktober nanti di Padang Bola Sepak ABC, Presint 5, Putra Jaya.

Barisan kendalian jurulatih berpengalaman, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah akan bersaing dalam kategori Bawah 10 tahun..

“Kita akan menyertai kejohanan itu nanti dengan mempertaruhkan barisan pemain terbaik daripada akademi ini,” ujar Faizal kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, tiada sasaran diletakkan dalam penyertaan tersebut.

” Ini adalah penampilan pertama pemain kita dan memadai untuk mereka meraih pengalaman.

“Pada masa sama peluang untuk mendedah aksi kompetitif kepada barisan pemain,” tegasnya lagi.

Menurut Faizal, kejohanan itu turut bakal disertai pasukan kelompok umur yang sama, mewakili pelbagai akademi dari negeri-negeri lain.

“Kami adalah akademi baharu dan saya percaya pembabitan ini dapat menjadi landasan meningkatkan mutu permainan masing-masing,” ujarnya sambil memberitahu skuadnya dibarisi pemain dari kawasan Kuching serta Kota Samarahan.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu