ARTIKEL

Akademi Kedi AMS bentuk kerjaya profesional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Malaysia (MGA) telah melancarkan Akademi Kedi AMS, akademi kedi diperakui MGA pertama negara untuk menangani ketandusan kedi terlatih dan memartabatkan profesion tersebut.

MGA, dalam satu kenyataan berkata, sebagai badan induk sukan golf di Malaysia, ia komited untuk memartabatkan sukan itu melangkaui aktiviti riadah, memastikan semua komponen penting disediakan untuk menetapkan piawaian baharu merentas keseluruhan landskap golf.

Ia berkata akademi bersedia untuk mengubah profesion kedi kepada laluan kerjaya yang berdaya maju untuk ahli masyarakat yang kurang mendapat perhatian dan membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk memulakan perjalanan ke arah menjadi kedi profesional dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
“Kewujudan Akademi Kedi AMS untuk memenuhi keperluan mendesak dalam meningkatkan standard kemahiran kedi, menghadapi kekurangan kedi terlatih yang telah memberi impak besar kepada industri ini.

“Akademi ini menjadi penyelesaian komprehensif dalam usaha meningkatkan pengalaman bermain golf secara keseluruhan,” menurut kenyataan itu.

Pengumuman itu dibuat hari ini semasa sesi town hall pertama di Mines Resort & Golf Club, dihadiri pemilik padang golf dan pihak berkepentingan industri untuk menangani isu itu secara strategik dan memastikan pembangunan menyeluruh sukan golf di negara ini.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil