ARTIKEL

Facebook Anwar Ibrahim

Akademi Kenegaraan tingkatkan patriotisme rakyat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Akademi Kenegaraan akan meneraju kerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keberkesanan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI.

Anwar berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan dipengerusikan beliau semalam yang antara prakarsanya ialah bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Fungsi akademi ini antara lain melaksanakan latihan kenegaraan yang lebih holistik dan komprehensif selain memberi khidmat nasihat dan runding cara berkaitan ilmu kenegaraan.

“Hatta, ia juga dapat membangun kurikulum yang sentiasa memenuhi keperluan semasa, jangkaan pemegang taruh dan pelanggan serta membangun kepakaran sumber manusia yang kompeten dalam melaksanakan program latihan berkualiti tinggi,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook semalam.– BERNAMA

BERITA LAIN

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

28,531 calon cemerlang UPKK

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam semua lapan mata

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa