Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Akademi Takraw Satok, platform belia kuasai sukan sepak takraw

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RASMI.... Hilmi (lima kanan) melakukan simbolik perasmian pertandingan sepak takraw jemputan regu belia bawah 16 tahun GAMBAR: ABDUL HAKEEM

KUCHING: Kelab Sepak Takraw Satok dengan kerjasama PBB Satok mengambil langkah memperkasakan sukan sepak raga dengan menubuhkan Akademi Takraw Satok (ATAS).

Penubuhan ATAS kendalian anak jati Satok sendiri itu bertujuan menyemarakkan kegiatan sukan sepak takraw khususnya kepada generasi muda berumur bawah 16 tahun.

Timbalan Ketua Cawangan PBB Satok, Hilmi Othman berkata, akademi tersebut bermula dengan tiga sesi iaitu pada Rabu, Sabtu dan Ahad.

BERCAKAP…Timbalan Ketua Cawangan PBB Satok Hilmi Othman (tengah) mengulas mengenai pertandingan.

“Kewujudan ATAS akan menyemarakkan lagi minat khususnya penduduk bandar untuk menghantar anak-anak mereka ke akademi sepak takraw

“Akademi ini bakal dipenuhi dengan pelbagai program dan latihan asas yang dikendalikan oleh beberapa bekas wakil sepak takraw berpengalaman Sarawak, berasal dari kawasan Satok.

“Hal ini supaya sukan sepak takraw tidak lenyap dek zaman dan lenyap dek perkembangan zaman.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mewakili Adun Satok Datuk Ibrahim Baki pada majlis perasmian pertandingan sepak takraw jemputan regu belia 16 tahun ke bawah anjuran Kelab Sepak Takraw Satok di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Satok hari ini.

“Usaha ini disokong oleh Cawangan PBB Satok khususnya Datuk Ibrahim Baki selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Satok sendiri.

“Ini kerana penubuhan ATAS bertepatan pada masanya demi menarik minat anak muda untuk tidak ketinggalan dalam sukan tradisi terbabit,” ujarnya.

Sementara Pengerusi Kelab Sepak Takraw Satok, Abang Kamarulzaman Abang Drashid berkata, seramai 13 pasukan berentap dalam pertandingan tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok.

Pasukan lelaki terdiri daripada sembilan pasukan iaitu ATAS A, ATAS B, ATAS C, SSC Betong A, SSC Betong B, KTBT A, KTBT B, dan Kabama.

Manakala kategori wanita terdiri daripada empat pasukan iaitu ATAS, SSC Betong Saratok A dan B, serta JD Gegirls.

Terdahulu, majlis perasmian turut dihadiri Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News