ARTIKEL

Akaun 3 KWSP dijangka diumumkan hujung April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka diumumkan pada hujung April ini.

Menurut sebuah akhbar nasional, Akaun 3 atau akaun fleksibel dijangka dilancarkan menjelang hujung bulan ini tetapi tarikhnya belum lagi disahkan.

Sementara itu, sumber menyebut penstrukturan semula nanti akan menyaksikan Akaun 1 KWSP dinamakan semula sebagai Akaun Persaraan, Akaun 2 sebagai Akaun Sejahtera, dan pembentukan Akaun 3 baharu atau “akaun fleksibel”.

Akaun ahli berusia bawah 55 tahun akan distruktur semula daripada dua akaun menjadi tiga akaun bermula 11 Mei akan datang.

Buat masa sekarang, bagi ahli berusia bawah 55 tahun, 70 peratus caruman mereka dimasukkan ke dalam Akaun 1 manakala 30 peratus disalurkan ke dalam Akaun 2.

Baki sedia ada dalam kedua-dua akaun ini akan dikekalkan.

Namun selepas Akaun 3 dikuatkuasakan, caruman baharu akan dibahagikan di mana 75 peratus akan diletak di dalam Akaun 1, 15 peratus di dalam Akaun 2 dan 10 peratus di dalam Akaun 3.

“Ahli boleh memilih untuk memindahkan simpanan dari Akaun Sejahtera ke akaun fleksibel berkenaan menerusi satu pilihan dalam mekanisme,” kata sumber berkenaan lagi.

“Ahli diberi hingga 31 Ogos 2024 untuk memilih menyimpan jumlah awal dalam akaun fleskibel.”

Ahli boleh menyimpan jumlah awal dari Mei hingga Ogos yang akan menjadi fasa pengumpulan.

Bagi ahli yang memilih untuk tidak meletakkan jumlah awal dalam Akaun 3 mereka, baki mereka akan bermula daripada kosong sehingga caruman baharu dikreditkan.

Simpanan dari akaun fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa, dengan jumlah pengeluaran minimum RM50.

Bagi mereka yang mempunyai simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun 2, RM1,000 akan dipindahkan ke akaun fleksibel.

Mengenai pengagihan semula simpanan sedia ada dari Akaun 2, ia difahamkan bahawa satu pertiga wang simpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun 3 manakala satu perenam akan disalurkan ke dalam Akaun 1 dan bakinya dikekalkan dalam Akaun 2.

Dividen EPF juga kemungkinan akan dikekalkan dalam julat sama walaupun walaupun Akaun 3 telah diwujudkan.

Pada tahun lepas, pihak KWSP telah menyatakan Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan, dan ahli dapat mengeluarkan wang simpanan mereka pada bila-bila masa.

Usul untuk memperkenalkan akaun tersebut juga bertujuan menampung sebarang keperluan kewangan atau menangani sebarang darurat kewangan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk