ARTIKEL

Karim menunjukkan teks penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. (Foto oleh Mohd Alif Noni)

Akaun Satelit Pelancongan Wilayah 2023 kedua dijalankan di pintu masuk Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Akaun Satelit Pelancongan Wilayah (RTSA) 2023 kedua sedang dijalankan di pelbagai pintu masuk di Sarawak, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, ia (RTSA) digunakan untuk mengenal pasti arah aliran utama dalam pelancongan, seperti destinasi popular, demografi pelawat dan corak perbelanjaan.

“Ini akan digunakan untuk membangunkan strategi pemasaran yang disasarkan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman pelawat. 

“Menjelang 2024, hasil RTSA boleh digunakan untuk menilai pelbagai inisiatif pelancongan, kempen pemasaran dan keberkesanan perancangan dasar di Sarawak,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Data dan analisis yang dijana melalui RTSA menyediakan gambaran dan data yang lebih komprehensif untuk mengukur kejayaan inisiatif dan kempen pemasaran pelancongan bagi perancangan dasar serta pembangunan pelancongan.

Dalam masa sama, beliau memberitahu, kementeriannya telah melaksanakan permohonan dalam talian bagi program Sarawak Malaysia My Second Home (S- MM2H) pada 1 Jun 2023. 

“Sehingga November 2023 hari ini, kami telah menerima sejumlah 203 permohonan dalam talian. Ini sudah tentu akan menghidupkan semula program S-MM2H, memulihkan dan menarik kumpulan sasaran yang ideal ke Sarawak dan secara tidak langsung memulihkan aktiviti ekonomi di Sarawak.

“Sejak program Sarawak Malaysia My Second Home (S- MM2H) diguna pakai pada 2007, Kementerian telah meluluskan seramai 2,286 peserta. Negara yang terlibat  adalah dari United Kingdom (315), China (302), Taiwan (219), Hong Kong (216) dan Singapura (175),” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU