ARTIKEL

Gambar hiasan

Akauntan warga China mangsa sindiket penipuan telefon, rugi sekitar RM980,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang akauntan di daerah Mukah kerugian lebih kurang RM980,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata perempuan berumur dalam lingkungan 22-an itu merupakan seorang warga negara China.

“Menurut mangsa, dia telah menerima panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

“Kemudian, talian telefon telah disambungkan kepada suspek seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil kedutaan China di Malaysia.

“Suspek memberitahu bahawa passport milik mangsa mempunyai masalah untuk keluar dan masuk Malaysia,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, katanya, suspek telah bertanyakan tentang pekerjaan dan alamat tempat kerja mangsa serta memberitahu bahawa syarikat mangsa terlibat dengan aktiviti cuci duit dan disyaki perbuatan jenayah itu melibatkan pekerja di dalam syarikat.

“Suspek telah mengarahkan mangsa untuk memindahkan wang milik syarikat untuk tujuan disiasat bagi menentukan sama ada syarikat tempatnya bekerja terlibat dalam aktiviti tersebut atau sebaliknya.

“Bukan itu sahaja, suspek menyatakan jika tidak memindahkan wang syarikat tersebut dengan segera, maka akaun milik syarikat akan dibekukan. Mangsa dalam keadaan panik telah mengikut segala arahan suspek.

“Pada pertengahan bulan Mei 2024, mangsa telah melakukan pindahan wang secara dalam talian melalui lima transaksi ke dua akaun bank berbeza milik suspek,” jelasnya.

Sehubungan itu, suspek berjanji akan memulangkan semula wang tersebut pada penghujung bulan ini, tetapi tiada wang diterima sehingga laporan dilakukan.

Tambahnya, suspek juga telah mengarahkan mangsa untuk memadamkan semua nombor telefon yang digunakan sepanjang mereka berhubung.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di