Trending

Akhirnya diiktiraf…

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SEBAK dan terharu, perasaan bercampur menunggu, berakhir dengan kegembiraan apabila diterima sebagai warganegara yang sah.

Hadiah yang cukup bermakna setelah sekian lama mencari ‘kerakyatan’ meskipun dinafi kan sebelum ini atas beberapa faktor.

Ia bagaikan sinar di hujung terowong selepas meniti lorong yang gelap.

Selepas bertahun-tahun mengalami ketidakpastian, cabaran dan pengecualian daripada hak dan kemudahan asas, kisah mereka menjadi bukti luar biasa ketahanan mental, emosi, keazaman, dan kuasa transformatif pengiktirafan undang-undang.

LIANA SARI SANTUD

Menelusuri kisah anak Sarawak tanpa status kerakyatan, kes Liana Sari Santud, 20, berakhir apabila Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah, menzahirkan keyakinan bahawa situasi yang dihadapinya dapat diselesaikan.

Fatimah menyatakan bahawa Liana mempunyai bukti kewarganegaraan yang jelas daripada neneknya.

“Semua dokumen ada dan ini sangat membantu dalam kesnya.

Saya juga dimaklumkan oleh ibu Liana, Gading Ngerantar bahawa anak tuai rumah panjang mereka boleh membantu dengan bukti penetapan mereka.

“Apabila kami lihat salasilah keluarga Liana, kami tahu kes itu boleh diselesaikan.

Bukan sahaja Liana, tetapi isu tanpa kewarganegaraan adikberadik dan ibunya,” kata Fatimah.

Selain Liana, ibu bapanya – Santud Danong dan Gading Gandut Ngerantar, serta dua daripada tiga beradiknya juga tidak mempunyai status warganegara walaupun dilahirkan di Sarawak.

“Kita lihat bagaimana kita boleh membantu ibunya.

Kami melihat kes itu secara holistik dan dalam kes Liana, kami membawa penyelesaian kepada dia, adik-beradik dan ibunya,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru