SEMARANG: Pembangunan fizikal dan ekonomi di sesuatu tempat perlu seiring dengan pembangunan akhlak masyarakat. Penuntut peringkat doktor falsafah di salah sebuah universiti awam tersohor negara Mohamad Syahrimin Sahadan memberitahu, banyak model pembangunan diguna pakai oleh pelbagai negara, masing-masing mempunyai alasan serta justifikasi tersendiri.
“Benar, pembangunan fizikal dan ekonomi yang dikejar melalui model pembangunan yang diguna pakai oleh negara membangun itu terbukti berkesan dan membuahkan hasil.
“Namun, kita sering melihat pembangunan ekonomi dan fizikal yang pesat itu tidak berjalan seiring dengan pembangunan akhlak masyarakat sehingga menjadi lebih teruk – semakin maju dan semakin pesat pembangunan ekonomi dan fizikal sesuatu kawasan itu, akhlak dan tingkah laku masyarakatnya ada yang semakin jauh kebelakang hingga ke tahap tidak bertamadun!

“Jadi, apakah erti pembangunan, dan untuk siapakah pembangunan yang dirancang melalui model pembangunan yang kita amalkan? “Justeru, akhlak dan ilmu sekiranya bergerak seiring, dunia akan menjadi aman,” ulasnya seusai program Jom Berambeh! (The Journey 2022) anjuran UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Wanita Asia Tenggara dan Pan-Pasific (PPSEAWA) serta JKKK.
Sebagai anak tempatan yang dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur berkata, pentingnya mendekatkan institusi ilmu dengan masyarakat luar bandar. “Ilmu di dalam sesebuah negara atau masyarakat terletak di sekolah atau institusi pengajian tinggi, sama ada ilmu akademik mahupun kemahiran.
“Justeru, penting bagi saya sebagai anak tempatan untuk mendekatkan pusat ilmu dan kemahiran ini kepada masyarakat kerana tidak semua daripada kita berkesempatan menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi. “Apatah lagi bergaul mesra bersama-sama ilmuan yang masing-masing ada bidang kepakaran yang diiktiraf dunia.
“Analoginya mudah, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka kita juga akan turut sama berbau harum dan wangi. Begitu juga pergaulan bersama-sama bijak pandai daripada institusi pengajian tinggi ini.
“Semoga ilmu yang mereka bawa dan kongsikan, serta akhlak mereka pamerkan, seperti minyak wangi yang tercalit pada hati dan minda penduduk luar bandar, mewangi dan mengharumkan generasi muda pada masa akan datang, agar pembangunan ekonomi dan fizikal yang mereka kejar turut sama seiring dengan akhlak yang murni,” ujarnya.
Beliau berterima kasih kepada Adun Beting Maro Razaili Gapor menyokong penuh program yang diisi dengan pelbagai aktiviti terutama bengkel bahasa Inggeris untuk media sosial. “Hanya Tuhan yang mampu membalas budi baik, kerjasama erat, kerja kuat, pengorbanan, masa dan wang ringgit yang disumbangkan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.
“Ini kali kedua saya membawa balik institusi pengajian tinggi ke kampung halaman. “Semoga kepakaran, ilmu, kemahiran, semangat dan aura dari menara gading ini dapat mengalir ke kawasan luar bandar, yang akhirnya meresap ke dalam setiap nadi masyara