ARTIKEL

AKHLAK SESAMA MANUSIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEHIDUPAN masyarakat merupakan lumrah kehidupan Allah berSWT berikan kepada umat

manusia.

Oleh itu, Nabi SAW selalu berbicara tentang akhlak kerana akhlak tidak mampu dipraktikkan sekiranya kita tidak hidup secara bersosial.

Kita perhatikan Allah SWT menjadikan manusia pelbagai kaum, puak dan perbezaan jantina supaya kita dapat menjalinkan hubungan dan

mengaplikasikan maksud sebenar berakhlak.

Sesuai dengan fi rman Allah SWT: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali.

Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.” (maksud al-Hujurat: 13) Justeru, menjalinkan hubungan silaturahim sesama manusia merupakan hikmah terbesar Allah SWT menjadikan kita semua. Melalui ikatan silaturahim, wujud perasaan kasih sayang dan saling membantu.

Rasulullah bersabda: “Budi kebajikan (tolong-menolong) itu memelihara seseorang daripada ditimpa malang dan bahaya mendatang, bersedekah (membantu meringankan beban saudaranya) dalam keadaan sulit atau tersembunyi daripada pengetahuan umum akan menghapuskan kemurkaan Tuhan dan menjalinkan atau mengeratkan silaturahim (dengan sifat tolong-menolong) akan melanjutkan usia seseorang.” (maksud hadis riwayat Tabrani)

CINTA SESAMA MANUSIA SEMPURNAKAN IMAN

Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang dari kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (maksud hadis riwayat Bukhari)

Jelas hadis tersebut memerintah agar umat Islam sentiasa wujud dalam diri mereka sifat kasih mengasihi, saling menghormati serta bertolak ansur. 

Tatkala kita suka mendapat kenikmatan terutama melibatkan keagamaan, maka begitu juga kita mengaplikasikan ia terhadap saudara sesama Muslim.

Begitu juga apabila kita memberi bantuan kepada saudara kita, seharusnya pemberian tersebut ialah pemberian terbaik sebagaimana kita mengkehendaki terbaik buat diri kita sendiri.

Walaupun kita memiliki kelebihan dan kemampuan berbeza-beza, tetapi perbezaan itu merupakan satu keindahan apabila saling menampung kekurangan yang ada pada diri kita sebagai manusia lemah. Rasulullah melalui sabdanya menyatakan perumpamaan mukmin dengan mukmin lain: “Ibarat mukmin terhadap mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan setengah bahagiannya menegakkan bahagian lain.” (maksud hadis riwayat Bukhari)

SALING MEMBANTU

Firman Allah: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan melakukan dosa (maksiat) serta pencerobohan. Bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (maksud al-Maidah: 2)

Ikatan persaudaraan kita sesama Muslim jelas berdasarkan perintah Allah SWT dan bukan berdasarkan nilai kemanusiaan sedia ada pada kita.

Ketika saudara kita ditimpa kesusahan, maka kita segera menghulurkan bantuan sama ada berbentuk material atau tenaga.

Pada masa sama, kita digalak tidak sesekali menzalimi saudara kita serta memelihara mereka daripada kezaliman.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tolonglah saudaramu sama ada dia seorang penganiaya ataupun yang kena aniaya! Jawab sahabat: “Menolongnya

sewaktu dia teraniaya, fahamlah kami, maka bagaimana mungkin pula menolongnya apabila dia yang menganiayai?

Ujar Rasulullah: “Kamu mencegahnya daripada perbuatan aniaya itulah erti kamu menolongnya.” (maksud hadis riwayat Bukhari)

BERITA LAIN

Norma baharu pembelajaran

“Ia bukan sahaja menandakan pencapaian akademik, tetapi juga pertumbuhan peribadi dan transformasi.   Sepanjang tempoh mereka di Kolej Cyberjaya Kuching, para graduan berdepan impak kemelut krisis

Faham isi hati anak

Kita belajar menjadi ibu bapa untuk mengurus dan membesarkan anak. Namun, ada satu perkara yang sering ibu bapa terlupa iaitu memahami dan mendengar isi hati

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Bentuk pelajar berkualiti

PERKHEMAHAN tahunan merupakan aktiviti yang dirancang di bawah unit kokurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) peringkat sekolah. Ia menjadi tempat buat ahli TKRSM untuk

Keindahan sejarah, budaya Sambas

KEINDAHAN budaya dan sejarah Sambas mampu diketengahkan menerusi Seminar Sejarah Kesultanan Sambas anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Menurut Penasihat

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup