ARTIKEL

Akhyar Rasyid cedera disamun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Pemain sayap Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Icon Residence, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 25 tahun itu diserang ketika turun dari kereta selepas pulang menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata mangsa dipukul dengan cota besi boleh laras oleh dua suspek tidak dikenali yang memakai topeng muka serta pakaian serba hitam.

“Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami koyakan sepanjang empat sentimeter di ubun-ubun. Beliau terpaksa menerima empat jahitan di ubun kepala dan dua jahitan di kaki kiri. 

“Suspek melarikan diri setelah mengambil beg duit mangsa yang disimpan di dalam beg bimbit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata Akhyar yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah dibenarkan pulang selepas diberikan rawatan rapi.

Menurutnya, usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun, selain sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian samun yang menimpa pemain berasal dari Kedah itu.

Beliau berkata pihak kelab telah membuat laporan polis malam tadi, manakala Akhyar berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSNZ.

“Pihak kelab memandang serius kejadian ini … kami memohon supaya orang ramai terutama peminat bola sepak agar tidak membuat spekulasi liar bagi mengelak gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook rasmi Terengganu FC hari ini.

Mohd Sabri memohon supaya semua penyokong mendoakan kesembuhan segera buat Akhyar yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) ke TFC musim ini untuk membantu pasukan itu mengharungi Liga Malaysia, bagi membolehkan beliau kembali beraksi di padang.

“Insiden malang seumpama ini tidak pernah menimpa pemain TFC dan amat dikesali,” katanya.

– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU