ARTIKEL

Gambar hiasan

Akibat bapa enggan beri duit, pemuda mengamuk pecahkan meja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM1,200 atau penjara lima bulan terhadap seorang lelaki tempatan, kerana merosakkan meja kayu milik bapanya hingga menyebabkan kerugian RM90.

Mohamad Yazid Abdul Jalil, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja melakukan khianat merosakkan meja kayu milik bapanya yang berusia 69 tahun dengan memukul menggunakan tukul di kediaman mereka di Taman Sorabaya Indah, sekitar jam 10 pagi, 15 Mei lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, anak pengadu tiba-tiba mengamuk memecahkan meja di luar rumah dengan memukul menggunakan tukul.

Punca kejadian kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan bapanya yang enggan memberikan wang yang diminta.

Meja tersebut digunakan pengadu untuk melakukan kerja-kerja pertukangan dan anggaran kerugian yang dialami sekitar RM90.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 16 Mei di kediaman mereka.

Hasil siasatan, mendapati tertuduh telah melakukan khianat merosakkan harta benda sebuah meja milik bapanya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU