CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Akibat curi tiga bungkusan kiriman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

LYDIA AMAN

KUCHING: Akibat mencuri tiga bungkusan kotak kiriman di sebuah syarikat penghantaran, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Mohammad Syukor, 29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama seorang rakannya telah mencuri dua kotak barangan perubatan dan sekotak barang berisi ubat-ubatan di hadapan sebuah syarikat penghantaran barang, Jalan Sekama, sekitar jam 4.30 petang, 9 Mei lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu yang merupakan pekerja di syarikat terbabit sedang memunggah barang ke dalam van untuk dihantar ke lokasi yang ditetapkan.

Tiba-tiba telah didatangi dua orang lelaki yang menggunakan sebuah motosikal lalu mengambil dan membawa lari tiga kotak barang kiriman tersebut.

Pengadu bersama rakannya sempat mengejar dan menahan salah seorang suspek kemudian menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru