ARTIKEL

Akibat dadah, ibu tunggal didenda atau penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,800 terhadap seorang ibu tunggal kepada empat orang anak selepas mengaku bersalah kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada Disember tahun lalu.

Jika gagal membayar denda, tertuduh Haslinda , 32, boleh dikenakan hukuman penjara lima bulan.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun selepas membayar denda atau menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, kira-kira jam 12.10 tengah hari, 28 Disember 2021.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) Akta yang sama,

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara dalam kes berasingan, seorang lelaki didenda RM2,800 atau lima bulan penjara kerana didapati positif Methamphetamine dan Amphetamine, dua tahun lalu.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman terhadap Jiew Tze Boon, 35, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) Akta yang sama.

Mengikut pertuduhan, dia didapati positif dadah di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan, kira-kira jam 12.15 tengah malam, 15 Mac 2019.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU