ARTIKEL

Gambar hiasan

Akibat gosip, seorang wanita sanggup tampar rakan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan diperintahkan menjaga bon keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana menampar rakannya yang sedang berhibur dalam sebuah kelab malam.

Punca kejadian, kerana tertuduh Chin Choon Lian, 37, tidak berpuas hati kerana rakan perempuannya berusia 27 tahun memburuk-burukkan namanya di hadapan orang lain.

Choon Lian mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 Mei lalu, sekitar jam 3.30 pagi, mangsa berasal dari Pulau Pinang yang sedang berhibur dalam sebuah kelab malam didatangi tertuduh lalu menamparnya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami bengkak di pipi kiri dan telah menerima rawatan di sebuah hospital.

Laporan polis dilakukan oleh mangsa untuk tindakan dan siasatan lanjut terhadap tertuduh.

Hasil siasatan, mendedahkan kedua-dua mereka adalah rakan dan tertuduh bertindak demikian kerana tidak puas hati mangsa yang bergosip buruk tentangnya.

Oleh itu, bagi mengelakkan perkara berulang, Mason Jaro memerintahkan tertuduh menyempurnakan bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM500.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Insp Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke