Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Akibat mengugut membunuh isteri, mekanik dipenjara lapan bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengugut membunuh isterinya kerana ingin memfailkan perceraian, Januari tahun lalu.

Beliau mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan bunuh terhadap Facienda, 28, di sebuah rumah di Kampung Sinar Baru, kira-kira jam 11.00 malam, 14 Januari 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan mereka pada 2011, datang ke rumah lalu melemparkan kata-kata ugutan ingin membunuh isterinya dan ahli keluarga yang lain jika memfailkan perceraian.

Semasa kejadian, tertuduh turut menendang kereta kerana tidak berpuas hati terhadap isterinya.

Selain itu, tertuduh juga sering datang ke pejabat tempat kerja isterinya, yang bekerja sebagai Pembantu Kesihatan Awam sehingga menganggu waktu bekerja.

Bimbang dengan ugutan terbabit, mangsa membuat laporan polis yang seterusnya membawa penangkapan tertuduh di Jalan Puncak Borneo pada 23 Januari 2021.

Mahkamah memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabit iaitu hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan