SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Akibat tagih hutang guna pisau lipat, lelaki dipenjara 10 bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 25 tahun menggunakan sebilah pisau lipat semasa menagih hutang.

Tertuduh Chin Jin Yih, 32, membuat pengakuan itu selepas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa menggunakan sebilah pisau lipat di sebuah rumah kayu di Jalan Liu Shan Bang, kira-kira jam 8.30 malam, 21 Julai 2022.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, mangsa berada di rumahnya didatangi tertuduh dan seorang lagi lelaki yang dikenali terus menyerangnya menggunakan objek tajam hingga menyebabkan luka di pergelangan kaki dan jari kelingking kanan.

Pengadu kemudian dibawa ahli keluarganya ke hospital untuk rawatan lanjut dan membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya.

Baca lain  Poster pelaburan menggunakan gambar Fadillah Yusof palsu

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menyerang mangsa menggunakan sebilah pisau lipat di kediaman mangsa dengan tujuan menagih hutang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru