ARTIKEL

Akmal ditahan di Kota Kinabalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KIONABALU: Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh ditahan polis setiba beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pagi Jumaat.

Akmal turut memuat naik rakaman video berkaitan penahanan tersebut di media sosial beliau.

“No fear, no surrender,” tulis beliau di Facebook, sebelum dibawa beredar dari KKIA.

Semalam, aktivis politik Sarawak dan Sabah mendesak supaya  Akmal dan empat yang lain dilarang memasuki kedua-dua negeri di Borneo.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, siasatan terhadap Ketua Pemuda Umno itu dilakukan berkaitan tindakannya dalam isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Menurut Razarudin, siasatan dijalankan dan kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU