ARTIKEL

Akses sistem pengurusan pentaksiran kini permudahkan untuk guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil beberapa langkah penting bagi meningkatkan pengoperasian Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) yang dikatakan perlahan sehingga menyukarkan guru terlibat untuk mengakses.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu termasuk menambah baik dan mengoptimumkan kod pengaturcaraan, meningkatkan kapasiti server dan melaksanakan tuning konfigurasi server.

“KPM prihatin mengenai kesukaran yang dihadapi oleh guru-guru berkait dengan penggunaan SPPB. Pemantauan bagi pengoperasian SPPB dilaksanakan menerusi aplikasi Application Performance Monitoring (APM) secara berterusan.

“Hasil pemantauan mendapati terdapat peningkatan akses pengguna sehingga menyebabkan sistem keseluruhan menjadi perlahan disebabkan oleh pembacaan data yang tinggi,” menurut kenyataan itu.

SPPB adalah satu sistem pengurusan pentaksiran yang berterusan dan menyeluruh bagi semua jenis pentaksiran KPM.

Menurut kenyataan itu KPM sentiasa berusaha meningkatkan pengoperasian sistem SPPB untuk membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.


Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai SPPB boleh dikemukakan dengan menghubungi talian hotline 03-8884 3632 atau menerusi ICT Service Desk (ISD) https://isd.moe.gov.my/. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

BERITA TERBARU