Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Aksi final Piala Timbalan Premier Sarawak 2022 dijangka sengit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PILIHAN JUARA...Pasukan Jang Bukit Saban.
PILIHAN JUARA…Pasukan Jang Bukit Saban. PE

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022 bakal melabuhkan tirainya Sabtu ini.

Sekali gus, akan menyaksikan pertembungan sengit bagi merebut gelaran juara antara pasukan Jang Bukit Saban dan Semarang Village United.

SAING HEBAT…Pasukan Semarang Village United.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini menegaskan, kedua-dua pasukan terbabit mempunyai misi yang sama untuk mencetak kemenangan.

“Aksi final yang dijangka hebat kerana kedua-dua pasukan mahu memahat sejarah tersendiri untuk bergelar juara,” jelas Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, kedua-dua pasukan kini berada di landasan terbaik untuk turun ke gelanggang membuat perhitungan.

“Kedua-dua pasukan sudah mempersiapkan diri untuk mengharungi gelora perlawanan akhir,” tambah Abang Suhordie lagi.

Perlawanan akhir Sabtu ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Betong.

Sepak mula pukul 3:30 petang dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka hadir menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian

Shereen gegar Amerika

ATLET olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di

Sambar emas ketiga

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian