ARTIKEL

SELESAI SESI TIMBANG...Kilat Boy (kiri) dan Resatul Mahmud Sajin (kanan) selepas sesi timbang berat badan.

Aksi ‘Kilat Boy’ di facebook

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peminat sukan tinju di seluruh Sarawak berpeluang menyaksikan kelibat
petinju profesional, Dealoniel Mcdelon Bong, 25 yang akan menentang jaguh Bangladesh, Resatul Mahmud Sajin di Kemal Ataturk Park, Banani, Dhaka, Bangladesh esok (Sabtu).

Pengurus Pasukan, Gulbudin Hekmateyer Rahman menegaskan, perlawanan dijangka penuh dramatik kedua-dua petinju terbabit akan disiar secara langsung menerusi facebook Xcel Sports & Management.

“Perlawanan membabitkan petinju lain bermula jam 6 petang, aksi membabitkan Dealoniel Mcdelon Bong atau lebih dikenali sebagai ‘Kilat Boy’ dan Resatul dijangka berlangsung jam 9 malam esok,” ujar Gulbudin ketika dihubungi Arena Suara Sarawak sebentar tadi.

Beliau sebelum itu mengharap seluruh warga Sarawak mendoakan kejayaan Kilat Boy untuk perlawanan itu nanti.

Perlawanan tersebut tiket bagi petinju kelahiran Sri Aman itu mencerahkan peluang untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC), Asia yang akan berlangsung di Singapura pada April nanti.

“Jika dia berjaya menang ke atas Resatul Mahmud Sajin esok, dia layak secara automatik ke pentas WBC,” tambah Gulbudin lagi.

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU