ARTIKEL

Aksi persahabatan tiga penjuru pasukan bola sepak bawah 12 tahun di Debak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Padang bola sepak Riveria Debak akan menjadi tumpuan peminat tempatan pada Ahad ini, dengan berlangsungnya perlawanan persahabatan membabitkan tiga pasukan bawah 12 tahun.

Setiausaha Kehormat, Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, aksi persahabatan itu membabitkan pasukan Haqi Bangsawan FT Debak, KSRB Bungin dan GMP Future Betong.

“Program ini dianjur oleh BDFA dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Laser Light Debak,” ujar Hanizam kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, pihaknya menjangka aksi menarik bakal disajikan barisan pemain mewakili pasukan terlibat kerana merupakan program julung kali dianjurkan.

Dalam pada itu beliau menyatakan, perlawanan persahabatan tersebut merupakan salah satu daripada program pembangunan pihaknya.

BAKAT BAHARU….Pasukan
KSRB Bungin

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU