ARTIKEL

Aksi separuh akhir Piala Timbalan Premier ditunda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETIAUSAHA BDFA…Saiful Hanizam Suhaini.

BETONG: Perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Premier Sarawak 1, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022 yang dijadual berlangsung petang ini dan esok ditunda ke satu tarikh baharu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Saiful Hanizam Suhaini menjelaskan, penundaan kedua-kedua perlawanan tersebut disebabkan pertembungan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Mengikut jadual asal dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung.

“Perlawanan pertama petang ini antara Saratok FA dan Semarang Village United. Disusuli perlawanan kedua yang akan berlangsung petang esok antara Jang Bukit Saban dan Hermanos FC,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Saiful, pihak sudah memaklum perkara tersebut kepada pengurus kesemua empat pasukan terbabit.

Beliau menambah, perbincangan awal pihaknya telah menetapkan perlawanan akan dilangsung semula pada 26 dan 26 November ini.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU