ARTIKEL

Akta Omnibus dijangka digubal tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Akta Omnibus dijangka akan digubal pada tahun ini bagi membenarkan perkongsian data dan penyimpanan awan dalam kalangan agensi kerajaan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

Beliau berkata pelaksanaan integrasi data daripada setiap agensi kerajaan perlu disokong melalui punca kuasa perundangan perkongsian data yang kukuh dan mampan.

Menurutnya, setiap pangkalan data tertakluk kepada peraturan dan akta yang berkaitan menyebabkan kesukaran dalam perkongsian data antara agensi.

“Sebahagian pangkalan data yang sedia ada pula lebih bersifat silo dan ‘non-interoperable’ antara satu sama lain.

“Keadaan ini menyulitkan perkongsian dan pengintegrasian data serta menyebabkan proses penyelarasan data PADU mengambil masa yang panjang,” katanya dalam ucapan pembukaan sempena majlis peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini.

Bagi menangani cabaran tersebut, Nor Azmie berkata sesi libat urus yang berterusan di pelbagai peringkat, termasuk oleh menterinya, Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali telah diadakan.

Memorandum persefahaman turut diadakan bersama agensi berkaitan bagi membolehkan perkongsian data, katanya.

“Risiko keselamatan dan kebocoran maklumat terperingkat juga sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Oleh itu, aspek keselamatan data dan siber turut diberi perhatian serius melalui pengukuhan pembangunan sistem serta kerjasama strategik dengan semua pihak yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembangunan PADU akan melalui beberapa fasa yang turut melibatkan pengumpulan data pentadbiran bagi pembangunan PADU yang tertumpu kepada kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pangkalan data masing-masing pada fasa pertama.

Setakat ini, katanya sebahagian besar agensi di peringkat Persekutuan telah bersetuju untuk membekalkan data termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Tenaga Nasional Bhd.

“Selain itu, PADU juga memerlukan beberapa maklumat penting daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Berdasarkan jurang digital yang masih wujud, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman, kita menjangkakan akan ada sebahagian rakyat yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan Internet.

“Perkara ini telah diambil kira dalam perancangan pelaksanaan PADU melalui penyediaan perkhidmatan kaunter khusus yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing,” katanya.

Buat masa ini, pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Operasi Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) selain pasukan petugas khusus juga akan diwujudkan bagi membantu individu yang berada di kawasan jauh terpencil dan tidak mempunyai akses Internet.

“Pasukan ini akan dilengkapi dengan perkhidmatan Starlink bagi membolehkan pendaftaran dilaksanakan secara dalam talian,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim