ARTIKEL

Nor Hisham bercakap pada Majlis Sesi Libat Urus Bersama PBS Kampung Bako Indah.

Aktifkan semula dan perkasakan Pasukan Bomba Sukarela dengan kaedah sesuai dan proaktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak diminta melaksanakan kaedah sesuai dan proaktif untuk memperkukuhkan semula Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di negeri ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata peranan PBS dapat diperkasakan lagi untuk membantu pasukan bomba secara menyeluruh di Sarawak.

“Disebabkan itu, Kerajaan Sarawak diminta agar melihat balik jumlah keseluruhan PBS di negeri ini, termasuk dua PBS yang baharu diwujudkan, supaya diaktifkan balik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sesi Libat Urus Bersama PBS Kampung Bako Indah di sini, hari ini.

Pengerusi PBS Kampung Bako Indah, Noh Yahim (tengah), menyampaikan cenderahati kepada Nor Hisham (dua kiri).

Sementara itu, Nor Hisham menambah, mengikut perancangan, Sarawak diberikan keutamaan untuk mewujudkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) di lapan lokasi berdasarkan risiko semasa.

Bagaimanapun, katanya, melihat kepada situasi semasa, selain menubuhkan PBS baharu, lebih baik jika PBS sedia ada diaktifkan semula.

Ketika ditanya mengenai faktor kebanyakan PBS di Sarawak tidak aktif lagi, Nor Hisham berkata ia disebabkan kekurangan minat selain penghijrahan golongan muda dari kampung ke bandar.

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan