ARTIKEL

Kredit: BPBD Sitaro | BERNAMA

Aktiviti gunung berapi cetus pemindahan ratusan orang di Sulawesi Utara Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara, sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari kampung berhampiran.

Tempat perlindungan sementara di sekitar kawasan Tagulandang kini menempatkan 45 orang manakala 783 orang lagi telah berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran atau pergi ke tanah besar menggunakan feri dan bot.

Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan Darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April.

Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) telah menyediakan barangan keperluan termasuk 123 tikar, 120 selimut dan 400 pelitup muka. 

“Kerajaan tempatan menggerakkan 50 anggota termasuk daripada agensi mitigasi daerah (BPBD), agensi mencari dan menyelamat (Basarnas), petugas kesihatan dan bomba,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau juga melaporkan bahawa letusan Selasa malam telah memuntahkan abu gunung berapi, yang mengganggu rangkaian komunikasi dan isyarat di kampung Laingpatehi.

Status gunung berapi itu dinaikkan daripada Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada Selasa pukul 4 petang waktu tempatan.

“Penduduk dan pelancong dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak daripada memasuki radius empat kilometer di sekitar kawah aktif gunung berapi Gunung Ruang,” kata Abdul Muhari. — BERNAMA

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)