Aktiviti pembalakan haram dibantu penduduk setempat

KANOWIT: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan kayu balak haram apabila merampas sebanyak 312 batang kayu balak pelbagai saiz dan spesis di kawasan Sungai Batang Rajang di sekitar Nanga Samaram, di sini.

Pengarah Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohammad berkata rampasan dibuat kira-kira jam 8 malam semalam, hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan secara berterusan oleh pegawai penguat kuasa JHS di sekitar kawasan Sungai Batang Rajang.

“Rampasan ini dilakukan setelah mendapati kayu balak yang dijadikan rakit dan dihanyutkan oleh pembalak-pembalak haram melalui Sungai Batang Rajang tidak mempunyai sebarang tanda fizikal kayu balak yang diluluskan oleh JHS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata nilai royalti kayu balak berkenaan dianggarkan bejumlah RM25,000.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mac 2021

Pelbagai jenis dan spesis kayu balak haram yang dirampas di kawasan Sungai Batang Rajang di sekitar Ng. Samaram, Kanowit.

Suara Sarawak