Aktiviti pengimarahan dibenarkan antara Maghrib dan Isyak

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan aktiviti pengimarahan (ceramah, kuliah, bacaan Al-Quran, Yasin) hanya dibenarkan bagi tempoh antara Maghrib dan Isyak.

MIS dalam kenyataan hari ini berkata arahan ini dilaksanakan berdasarkan perkembangan semasa wabak Covid-19 di Sarawak.

Katanya, had jemaah yang dibenarkan mengikut kepada kapasiti sedia ada dengan penjarakan fizikal tetapi tidak melebihi 200 orang. (Kecuali Masjid Jamek dengan had jemaah tidak melebihi 300 orang)

MIS turut mengingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Lembaga Fatwa Negeri Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya, arahan tersebut berkuat kuasa hari ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan oleh JPBNS atau mana-mana arahan lanjut dari MIS.

Suara Sarawak