KUCHING: Aktiviti perarakan sempena sambutan Hari Gawai Dayak adalah tidak dibenarkan, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) Bazar Gawai yang
disediakan oleh pada 23 Mac lalu adalah terbatal.
“Penganjuran aktiviti adalah tertakluk kepada syarat-syarat baharu yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
“Ini termasuk aktiviti yang melibatkan persembahan dan acara di atas pentas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada 23 Mac lalu, SOP Bazar Gawai yang ditetapkan adalah seperti gerai hendaklah di kawasan terbuka dan/atau kawasan berpagar yang ditetapkan/dipersetujui oleh PBT.
Pada masa sama, pengunjung wajib mendaftar MySejahtera di laluan masuk dan hanya pelanggan yang telah mendapat vaksinasi lengkap dibenarkan masuk ke tapak bazar.
Pengunjung juga diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan bazar.
Peniaga dan pekerja juga perlu menjalani self-test COVID-19 (RTK-Antigen- cecair mulut) sebelum memulakan operasi
(keputusan ujian tidak lebih dari satu hari) dan mesti menjalani ujian saringan self-test COVID-19 (RTK-Antigen) seminggu sekali sepanjang beroperasi.