ARTIKEL

KENANGAN... Gapor bergambar kenangan bersama-sama penduduk yang menyertai dialog berkenaan skim ALAF di Kampung Perpat, semalam.

ALAF: Kurangkan beban kos minyak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Selepas siapnya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah skim Dana Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Lot Bunian dan Kampung Pagan, kini usaha menyediakan penduduk Kampung Perpat dengan bekalan elektrik 24 jam terus digiatkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka Mohamad Duri berkata, apabila dapat disegerakan, ia akan menoktahkan penggunaan generator dan mengurangkan beban kos minyak yang mahal.

“Justeru, saya akan terus berusaha agar setiap kawasan dan penduduk di Dewan Undangan Negeri Kalaka dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik, yang akan memudahkan aktiviti seharian.

“Sebab itu saya sentiasa berhubung dengan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) mahupun kontraktor yang dilantik bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya dihubungi semalam.

Terdahulu, beliau diwakili Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad menghadiri dialog bersama-sama pemohon ALAF di Kampung Perpat.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU