Trending

Alena cipta nama di pentas antarabangsa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Bakat pemuzik anak Sarawak, Alena Murang telah dicalonkan untuk dua kategori anugerah dalam Festival Video Muzik Buenos Aires yang akan diadakan pada 27 hingga 29 November ini.

Menerusi pencalonan ini, Alena telah diangkat untuk dua kategori iaitu Best International Video dan Best Styling. Bakat yang dimiliki oleh anak Sarawak kacukan Kelabit, Itali dan Britan ini telah dipamerkan dalam video muzik terbaharunya, “Midang Midang” yang juga menggambarkan gaya fesyen berwarna-warni dan unik dimiliki Sarawak.

Video musik ‘Midang Midang’ yang dihasilkan oleh Project Room dan Kanid, dilancarkan pada 27 November tahun lalu dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Majlis Bandaraya Miri, malah penggambaran juga telah dilakukan di Bario dan Miri.

YouTube player

Aspek lain yang menarik daripada pencalonan Alena dalam kategori Video Antarabangsa Terbaik ialah terdapat juga pesaing lain yang pernah menjadi pemenang anugerah penyanyi pop iaitu Madonna dengan yang artis lain dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menerusi kenyataan medianya semalam berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada Alena kerana telah membawa nama Sarawak ke pentas dunia.

“Melalui platform muzik antarabangsa ini, saya berasa sangat gembira dengan pencalonan yang telah diberikan kepada Alena dan ahli pasukannya kerana pencalonan ini akan memberi makna yang besar kepada semua komuniti di Sarawak untuk kita ceritakan mengenai komuniti tempatan kita yang unik.

“Saya juga menyokong kenyataan Alena ketika dia mengatakan bahawa klip video muzik yang menunjukkan keunikan Kelabit itu dapat menembusi festival berprestij dan walaupun pandemik Covid-19 berlaku,” tambahnya.

Tambah Abdul Karim, walaupun Festival Muzik Muzik Buenos Aires 2020 bertempat di Argentina dan tarikh berlangsung festival tersebut semakin hampir, jutaan masyarakat dija- ngka akan mengikutinya di pelbagai platform media sosial.

“Dalam pada itu, pencalonan tersebut juga akan melakar sejarah buat Sarawak kerana telah berjaya mengukir nama melalui muzik videonya.

“Dengan mencatatkan jumlah tontonan lebih dari 29,000 tontonan di YouTube, kami berharap video muzik Alena akan terus menjadi perhatian seluruh dunia mengenai pelancongan Sarawak.

“Ia meletakkan Sarawak sebagai salah satu destinasi “mesti dikunjungi” sebaik sahaja keadaan Covid-19 bertambah baik,” katanya.

YouTube player

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru