SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Alexander setuju henti sementara bot ekspres ke Kapit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi bersetuju dan menyokong gesaan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing untuk menghentikan perkhidmatan bot ekspres buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan orang ramai di Bahagian Kapit.

Menurutnya, penduduk berasal dari Kapit perlu memainkan peranan masing-masing mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan demi melindungi diri, keluarga dan orang tersayang daripada Covid-19.

“Kapit yang sebelum ini diletakkan sebagai zon hijau telah merekodkan 4,257 kes jangkitan Covid-19.

“Pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bagi mengekang penularan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan berhubung klip video yang tular mengenai tindakan orang awam yang dikatakan ingkar dan pulang ke kampung halaman di Kapit menggunakan bot ekspres serta menyebabkan kesesakan di jeti Kapit.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mei 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru