Trending

Ali Biju harap GPS beri laluan kepada Bersatu pada PRU-15

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARATOK: Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju mengharapkan GPS akan memberi laluan kepada Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, pengorbanan ini melibatkan kedua-dua pihak.

“Inilah yang kita harapkan, supaya pengorbanan kita (Bersatu) kali ini ‘berbalas’.

“Pada PRU-15 kita minta supaya GPS memberi laluan kepada Bersatu di Parlimen Saratok,” katanya pada sidang media di Saratok, hari ini.

Beliau mengakui, ada perbincangan mengenai kedudukan di Parlimen Saratok antara kepimpinan tertinggi parti.

“Kita bincang, untuk bertanding di Parlimen Saratok,” ujarnya.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa calon GPS Krian akan menang pada PRN-12 kelak.

“Saya yakin bahawa dengan sokongan yang saya berikan kepada calon GPS, GPS akan menang di Krian ini.

“Sebab kemenangan GPS juga adalah kemenangan saya… kalau GPS menang, saya juga menang. Ini hubungan strategik yang perlu kita perkukuhkan di Saratok ini,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru