ARTIKEL

Alice Francis memukau di Miss Plus World Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RATU CANTIK, Alice Francis melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengharumkan nama Sarawak di pentas Miss Plus World Malaysia (MPWM) 2024 di Galaxy Bouquet Hall, Kuala Lumpur, 18 Januari lalu.

Anak Bagatan ini dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Lebih membanggakan, Alice turut memenangi tiga gelaran lain iaitu Anugerah Catwalk Terbaik 2024, Anugerah Paling Yakin 2024 dan Anugerah Bakat Terbaik 2024.

“Saya rasa tak percaya kerana berjaya memenangi anugerah ini.

“Saya berubah menjadi lebih positif, lebih berkeyakinan berada di pentas dan bercakap di depan umum walaupun saya ialah ratu bersaiz XL.

“Terima kasih penganjur Monkii Global Holding dan I Creative Event kerana memilih saya untuk menjadi naib juara Miss Malaysia Plus World 2024.

“Saya harap perjalanan ini menjadi detik paling manis dan bermakna untuk melangkah sepanjang 2024,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Dedah Alice, dia satusatunya peserta dari Sarawak untuk kategori Miss dan berbangga kerana dapat mengharumkan nama bumi Kenyalang dan kaum Bagatan. 

“Kemenangan ini mampu membuatkan keluarga dan komuniti Bagatan tersenyum, mengetahui bahawa saya melalui banyak cabaran, tetapi sentiasa kembali kuat untuk berjuang. 

FASILITI

Dalam pada itu, besar harapannya buat komuniti Bagatan yang masih di pedalaman agar mendapat lebih banyak bantuan daripada kerajaan.

Bantuan melibatkan baik pulih fasiliti seperti sekolah, jalan raya, bekalan air dan elektrik di Sarawak.

“Untuk berjaya, setiap perkara dilakukan dengan disiplin kerana usaha itu pasti membuahkan hasil sekiranya dilakukan bersungguhsungguh.

Terima kasih juga diucapkan kepada Mama Vinna, Vinna Lim (pengurus) kerana menjaga kami sebagai peserta dengan baik sepanjang aktiviti berlangsung,” katanya.

Sementara itu, suasana acara pada malam itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu Divine Love dan Bisikan Cinta daripada artis jemputan dari Sarawak, Kimi Tomas. 

MPWM menjadi pertandingan ratu cantik berprestij untuk wanita bersaiz besar bagi mempamer nilai dan kecantikan mereka dari dalam dan luar.

Pertandingan ini bertujuan meningkatkan tahap keyakinan peserta dan mereka juga terlibat dalam perkhidmatan kebajikan.

Ia juga menggalakkan gaya hidup sihat, berfi kiran positif dengan saiz badan dan perwatakan wanita yang berkualiti.

SAIZ L HINGGA XXL

Peraduan ratu ini terbuka kepada semua wanita berumur 20 hingga 55, bersaiz L hingga XXL, bujang atau sudah berkahwin.

Pemenang Miss Plus World Malaysia akan mewakili Malaysia untuk bertanding di Amerika Syarikat bersamasama peserta lain di seluruh negara.

Acara itu, yang dianjurkan oleh Monkii Holdings Sdn Bhd di bawah Nicklaus Chia, June Chow dan Megan Tan. Klinik Atelier dan Phytoscience merupakan penaja utama yang dihadiri lebih 500 penonton, termasuk tetamu kehormat utama (VVIP), selebriti, ratu cantik, penaja dan penyokong.

BERITA LAIN

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Mampu perkasa pelancongan Sarawak

Abang Johari berkata, lokasi pembinaan lapangan terbang sudah dikenal pasti dan beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Tambahnya, Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Malaysia Airport

Jadikan S’wak hab penerbangan serantau

PEMBANGUNAN di Sarawak dilihat semakin pesat dengan pelan dan rancangan jangka panjang berskala besar. Bukan sahaja dari segi ekonomi tenaga boleh diperbaharui, malah aspek logistik

Kepengarangan Frankie Latit

ABANG MEDIAN ABANG SAID SIRI 1 BIAR saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu – Abang Median Abang Said – seorang penulis, guru dan ahli PUTERA

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,