Trending

Alice Jawan dilantik sebagai anggota Mavcom

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Datuk Ir. Alice Jawan Empaling dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang baharu.

Menteri Pengangkutan Malaysia Loke Siew Fook berkata, lantikan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa dari 28 Mac 2023 hingga 27 Mac 2026.

“Pihak kementerian dan Mavcom amat berbesar hati mengalu-alukan pelantikan Alice. Pengalaman luas dan semangat dalam perkhidmatan beliau akan memainkan peranan penting untuk memacu industri penerbangan Malaysia ke hadapan.

“Ia juga seiring dengan usaha membangunkan industri penerbangan awam yang berdaya maju dari segi komersial serta responsif kepada keperluan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Loke, pihaknya dan Mavcom amat menantikan penglibatan Alice dan yakin bahawa pelbagai manfaat akan dapat diraih daripada pandangan serta pengetahuan beliau.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengesahan dan sokongan yang diberikan dalam pelantikan Alice sebagai anggota Mavcom,” ujarnya.

Untuk rekod, Alice turut memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dan lembaga pengarah di negeri ini, termasuk memainkan peranan sebagai Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak, Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak dan Timbalan Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak.

Selain itu, Alice juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sejak 2021.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru