ARTIKEL

Alice, Ramli dilantik timbalan YDP Dewan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Alice

KUCHING: Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dilantik sebagai timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat bagi penggal pertama sidang Parlimen ke-15.

Speaker Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Alice dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) mendapat 146 undi manakala Ramli dari Barisan Nasional (BN) menerima 148 undi.

Ramli

Calon dari Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin pula menerima 74 undi.

Ramli, Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen dan Alice dicalonkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sementara Mas Ermieyati dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.

Dalam proses pengundian yang berlangsung hampir 30 minit pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15 hari ini, semua 222 Ahli Parlimen diberi satu kertas undi untuk ditulis dua nama calon yang dipilih dan ditandatangan, sebelum kiraan undi dibuat.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU