ARTIKEL

Foto Bernama

All England: Aaron-Wooi Yik mara ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk menamatkan penantian 17 tahun kejuaraan bagi kategori beregu lelaki di Kejohanan Badminton All England 2024 selepas mengesahkan slot ke final, awal pagi waktu Malaysia, hari ini.


Juara Dunia 2022 itu bijak menggunakan peluang kesilapan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan untuk menundukkan mereka menerusi permainan ‘straight set’ 21-16 dan 21-15 dalam tempoh 36 minit pada separuh akhir kejohanan badminton tertua di dunia itu yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.


Kemenangan itu menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengekalkan rekod tanpa kalah 4-0 ke atas Jhe Huei-Po Hsuan yang juga ranking ke-15 dunia selain mengulangi pencapaian mara ke final edisi 2019 sebelum tewas kepada Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21 dan 12-21.


Menanti Aaron-Wooi Yik di pentas akhir ialah pilihan keenam kejohanan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun atau juara All England 2023, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU